BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, March 5, 2010

Peliharalah Kemulian Rumah Tangga


Islam memelihara kemuliaan instustusi keluarga dengan mendidik para suami atau isteri agar memelihara rahsia rumah tangga. Islam menitikberatkan penjagaan rahsia rumah tangga sebagai salah satu syarat dalam membina keutuhan dan keharmoniannya. Peristiwa membuka rahsia antara suami isteri pernah mendapat perhatian daripada Allah SWT menerusi pengalaman yang terjadi ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Peristiwa itu dirakamkan dalam al Quran sebagai pedoman untuk masyarakat Islam.


Allah SWT menjelaskan :" Dan ( ingatlah ) ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang daripada isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia tersebut ( kepada seorang madunya ) , dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, ( maka Nabi pun menegur isterinya itu ) lalu menerangkan kepadanya sebahagian ( dari rahsia yang telah dibukanya ) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi ( supaya isterinya itu tidak banyak malunya ). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya :" Siapakah yang memberitahu hal ini kepada tuan ?" Nabi menjawab : " Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui , lagi Amat Mendalam PengetahuanNya ( tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi )". ( Surah al-Tahrim : ayat 3 ).


Setelah peristiwa membuka rahsia keluarga itu terjadi, Allah SWT menggesa mereka bertaubat. Firman Nya :" Jika kamu berdua ( Habshah dan Aisyah ) bertaubat bertaubat kepada Allah ( wahai isteri-isteri Nabi , maka itulah yang itulah yang sewajibnya ) kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung ( kepada perkara yang menyusahkan Nabi ), dan jika kamu berdua bertolong bantu untuk ( melakukan sesuatu yang ) menyusahkannya ( maka yang demikian itu tidak akan berjaya ) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang yang salih dari kalangan orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya". ( Surah al Tahrim : ayat 4 ).

Kemudian Allah SWT memberi ancaman kepada mereka bahawa mereka boleh kehilangan kemuliaan sebagai isteri-isteri sekiranya mereka tidak bertaubat di atas kesalahan membuka rahsia keluarga. Allah merakamkan : " Boleh jadi , jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadah , yang berpuasa, ( meliputi ) yang janda dan yang anak dara". ( Surah al-Tahrim : ayat 5 ).

Kesan peristiwa ini memberi pengertian yang mendalam sebagai panduan setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Apa tidaknya, selepas peristiwa ini, Rasulullah s.a.w telah mengasingkan dirinya daripada isteri-isterinya selama sebulan disebabkan kemarahan Baginda kepada mereka. Selepas sebulan, barulah Rasulullah s.a.w kembali menemui mereka sebagai satu cara mendidik mereka agar menjaga rahsia rumah tangga mereka demi mempertahankan kesucian rumah tangga.

0 comments: